Pada 23 Julai 2015 yang lalu, NASA sekali lagi menghantar roket Soyuz TMA-17M ke International Space Station (ISS). Pada misi kali ini, 3 orang angkasawan yang terlibat iaitu Kimiya Yui (Jepun), Oleg Kononenko (Russia), Kjell Lindgren (NASA). Pelancaran berlangsung pada pukul 3:02 pagi waktu tempatan di Khazakhstan.
Misi kali ini merupakan yang pertama bagi angkasawan Kjell Lindgren dan Kimiya Yiu, menjadikan mereka angkasawan yang ke 217 dan 218 pernah menjejakkan kaki ke ISS. Bagi Oleg Kononenko pula, ini merupakan kali ke 3 bagi beliau ke ISS. Ketiga-tiga angkasawan tersebut akan tinggal di ISS sehingga penghujung Disember 2015. Saksikan detik-detik pelancaran roket Soyuz TMA-17M ke ISS yang berlangsung pada 23 Julai yang lepas.
0 Comments